Saturday, 3 November 2018

5 Cara Kurangkan Rambut Gugur Selepas Bersalin. Yang Ke-5 Confirm Rambut Selebat Angelina Jolie

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ada ke ibu-ibu yang sedang berpantang tengah melawat blog Cik Elly? Kalau ada, Cik Elly ucapkan tahniah dan selamat berpantang. Dalam keseronokan menyambut kehadiran cahaya mata baru, Cik Elly percaya ramai ibu-ibu yang sedang risau tentang penampilan diri terutamanya rambut gugur teruk selepas bersalin.

5 Cara Kurangkan Rambut Gugur Selepas Bersalin. Yang Ke-5 Confirm Rambut Selebat Angelina Jolie.



Ibu-ibu sekalian, masalah rambut gugur ni sebenarnya normal. Entri sebelum ni Cik Elly ada share Punca Utama Rambut Gugur Selepas Bersalin. Dalam sehari, lebih kurang 100 helai rambut akan gugur. Ada ibu yang rambut mula gugur selepas anak berusia 4 bulan dan ada juga yang dari berpantang lagi sudah gugur.

Memang ada situasi berlaku sampai suami sendiri geli nak masuk bilik air sebab tengok rambut penuh di lantai. Belum kira lagi di atas tilam dan bantal. Kalau tak menyapu atau vacuum sehari je pon rambut dah bergumpal-gumpal nak disapu.

Tapi, ibu-ibu jangan risau. Ada banyak cara untuk kita atasi masalah keguguran rambut. Cik Elly nak share 5 cara yang disarankan oleh doktor bertauliah. Cik Elly pon ada masalah rambut gugur dan telah dapat khidmat nasihat seorang doktor.

PENGGUNAAN SIKAT




Sikat yang digunakan mesti bersesuaian dengan jenis rambut. Untuk yang ada masalah rambut gugur, penggunaan sikat yang bergigi jarang sangat digalakkan. Lepas tu, ibu-ibu dinasihatkan jangan menyikat rambut ketika rambut basah. Takut nanti lagi banyak rambut gugur.

PENGGUNAAN HAIR DRYER


Cik Elly suka guna pengering rambut atau hairdryer ni. Rambut akan lebih cepat kering lebih-lebih lagi kalau waktu bersiap-siap nak pergi klinik untuk checkup baby. Tapi, cara ni akan membuatkan rambut lebih banyak gugur tau.

Cik Elly sarankan ibu-ibu keringkan rambut guna kipas meja tu je. Jika nak lebih selamat, cuci rambut selepas balik daripada klinik. Tak ada lah rambut terperap basah dalam tudung sampai berbau busuk. Hihi.

PEWARNA RAMBUT




Pesanan untuk ibu-ibu yang suka mewarnakan rambut, Cik Elly nasihatkan supaya berhenti warnakan rambut selepas bersalin. Kalau boleh tunggu sehingga setahun atau selepas rambut dah kurang gugur baru warnakan rambut semula.

Lepas tu you all nak vogue macam miss world pon boleh. Cuma bersabar sekejap demi penampilan diri. Kata nak jadi hot mommies, tak gitu?

AIR MASAK




Amalan minum air masak sangat bagus untuk tingkatkan taraf kesihatan. Untuk pengetahuan ibu-ibu,  masalah keguguran rambut terjadi kerana kulit kepala kering. Oleh sebab itu, kita wajib banyak minum air masak setiap hari untuk beri kelembapan kepada kulit kepala.

PEMAKANAN




Diet seimbang juga penting supaya badan cukup keperluan nutrisi. Bagi masalah rambut gugur, kita perlu ambil sumber makanan yang kaya dengan protein, kalsium, sayur dan buah. Kalau kita makan makanan berkhasiat secara berkala, inshaaAllah lama-lama rambut akan selebat Angelina Jolie.

Apa yang penting, kita sebagai ibu perlu kawal emosi supaya tidak stress. Bila hati gembira, hormon gembira pon akan dirembeskan dan tak mustahil masalah rambut gugur selepas bersalin berjaya dikurangkan.

Korang yang ada tips lain boleh share dengan pembaca blog Miss Elly di ruangan komen.

Wednesday, 31 October 2018

Anak Punca Utama Rambut Gugur Selepas Bersalin. Benarkah?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ramai kaum ibu yang susah hati selepas bersalin. Tapi bukan sedih sebab dapat baby baru. Mestilah happy kan dapat pegang dan peluk baby yang kita bawa dalam perut selama 9 bulan. Inilah waktu yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan suami isteri. 

Gambar Hiasan : Google

Masalah rambut gugur menjadi dilema para ibu setiap kali selepas bersalin. Mommies semua perasan tak ketika hamil, wajah dan rambut kita akan nampak lebih berseri? Ni serius bukan perasan cantik tau. Hihi. Ku sangkakan panas sampai petang, rupanya hujan di tengah hari. 

Selepas 3 hingga 4 bulan lahirkan baby, rambut dah mula gugur. Bak kata orang tua-tua, rambut gugur berpunca daripada anak yang mula pandai sembur air liur. Ini fakta atau mitos? Setiap hari, pasti ada mommies yang terpaksa menyapu segenggam rambut gugur. Masa nak buang dalam tong sampah tu rasa sayu je hati. Betul ke betul?

Untuk pengetahuan mommies semua, ada beberapa faktor keguguran rambut selepas bersalin. Anak punca utama rambut gugur selepas bersalin. Benarkah?

PERUBAHAN HORMON

Sewaktu wanita hamil, paras hormon progesteron dan estrogen adalah tinggi. Sebab tu rambut dan kulit kelihatan lebih cantik dan berseri-seri. Mestilah seronok kan orang puji kita cantik walaupon badan macam dipam-pam. Berat naik berkilo-kilo.

Selepas bersalin, kedua-dua hormon ini akan turun dengan mendadak dan kembali normal. Proses penurunan inilah yang menyebabkan rambut gugur dengan teruk. Liang-liang di kulit kepala akan menjadi kering lalu helaian rambut akan berguguran jatuh.

AMALAN DIET

Berapa ramai mommies di sini yang berpantang ikut petua orang tua-tua? Mesti ramai kan termasuklah saya. Yelah, mereka dah rasa garam dulu sebelum kita, mestilah banyak pantang larang yang mereka sudah lalui.

Namun begitu, ada kelebihan dan kekurangan dalam pantang larang tradisional ni. Antara kekurangannya ialah diet sepanjang berpantang tidak seimbang. Air tak boleh minum banyak sebab takut longgar miss V. Buah tak boleh makan sebab risau akan sejuk badan nanti jadi bentan. Pelbagai pantang larang yang kita pernah dengar kan?

Jadi, badan kita akan kekurangan nutrisi yang diperlukan untuk proses baik pulih selepas bertarung nyawa lahirkan anak. Tapi, ada juga kelebihan follow cara orang dulu-dulu seperti lebih cepat langsing dan dapat berat badan asal.


PENJAGAAN DIRI

Semua wanita yang sudah bergelar ibu pasti akan alami masalah penjagaan diri. Kalau ada bantuan daripada maid, alhamdulillah. Tapi, kalau terkontang-kanting semua kerja perlu uruskan sendiri, agaknya ada ke masa untuk menjaga penampilan diri?

Ibu yang bekerja akan terkejar-kejar balik dari ofis terus uruskan hal rumahtangga. Bagi surirumah, 24/7 masa mereka bergelumang dengan anak-anak dan kerja rumah yang tak pernah habis. Sampai waktu mandi terpaksa dipendekkan risau anak tidak ada orang dewasa pantau. Lama-kelamaan para ibu akan alami stress kerana kepenatan.

Benarkah Anak Punca Utama Masalah Keguguran Rambut Selepas Bersalin? Mommies sekalian, faktor-faktor di atas dah cukup menjelaskan punca utama rambut gugur.  Semuanya bermula dengan diri sendiri. Nak cantik, haruslah rajin jaga diri dengan rapi.



Gambar Hiasan : Google


Adalah NORMAL RAMBUT GUGUR tetapi WAJIB DIKAWAL. Jika terlambat, liang-liang rambut akan tertutup dan tersumbat. Rambut akan menipis dan kulit kepala akan jelas kelihatan. Lama-kelamaan, masalah botak akan muncul dan sukar untuk dipulihkan. 

Mommies semua mesti tak nak kepala botak kan? Next entri saya akan share Cara Untuk Atasi Masalah Rambut Gugur. Nantikan update daripada blog Miss Elly!



Tuesday, 30 October 2018

Resepi Char Kuey Teow Paling Sedap Setanding Penang Mari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dah lama rasanya tak menulis di blog Miss Elly. Kali ni nak buat comeback besar-besaran sebab rindu nak menaip. Entri terbaru berkaitan Resepi Char Char Kuey Teow Sedap Setanding Penang Mari.

Gambar hiasan : google


Asalnya resepi Char Kuey Teow  ni daripada encik husband. Siapa yang pernah rasa masakan beliau mesti teringat-ingat Char Kuey Teow  meletop ni. Encik husband memang berasal dari Penang. Setiap kali buat makan-makan di rumah, tetamu yang dah tahu mesti request nak makan Char Kuey Teow  air tangan encik suami.

Mujur lah kedai runcit walking distance sahaja. Boleh layankan tekak para tetamu. Lagipun bahan-bahan untuk masak Char Kuey Teow  ni sangat simple dan kos pon murah! Korang kalau tak ada idea nak jamu apa pada tetamu, boleh cuba resepi Char Kuey Teow setanding di Penang. Confirm makan sekali pasti nak lagi.

Gambar hiasan : Google


BAHAN- BAHAN
  • 10 ekor udang
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Garam
  • Gula
  • 2 bungkus Kuey Teow halus
  • Cili boh
  • Kerang
  • Telur
  • Minyak masak
  • Daun Kucai
  • Taugeh

CARA-CARA PENYEDIAAN

1. Rebus udang dalam periuk berasingan dengan air. Biarkan udang masak seketika dan tutup api. 

2. Bilas Kuey Teow dengan air bersih dan rendam seketika. Asingkan dalam bekas berasingan. Pastikan korang beli yang jenis halus ye. Bukan tebal macam buat kuew teow goreng.


3. Blend bawang putih dan bawang merah bersama. Simpan dalam bekas berasingan.

4. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis 1 sudu besar bawang yang telah di blend dan 2 sudu besar cili boh sehingga naik bau wangi dan pecah minyak.

5. Masukkan segenggam Kuey Teow yang telah dibilas bersih ke dalam kuali.

6. Perasakan masakan dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, garam dan gula.

7. Tumis bahan-bahan tadi seketika. Kemudian, campurkan sedikit air rebusan udang.

8. Kemudian masukkan pula beberapa ekor udang dan sedikit kerang. Ikut suka korang nak letak berapa ekor dalam 1 hidangan.

9. Biarkan bahan-bahan mendidih. Selepas itu, masukkan sedikit taugeh dan kucai.

10. Akhir sekali, pecahkan sebiji telur ke dalam bahan-bahan tadi. Gaulkan telur bersama-sama semua bahan dan kacau sehingga rata.


11. Bila telur dah kelihatan masak, boleh terus tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Pastikan masakan korang tu kelihatan basah dan berair. Barulah menjadi Char Kuey Teow . Kalau kering, maksudnya korang masak Kuey Teow goreng. Hihihi.

Untuk pengetahuan semua, cara-cara penyediaan Char Kuey Teow  ni hanya untuk 1 hidangan sahaja. Maksudnya sekali masak untuk 1 pinggan. Style kami memang macam tu. Kenapa buat satu per satu? Mesti korang ingat renyah kan?

Sebenarnya jika masak sikit-sikit macam ni masakan akan lebih sedap. Lagipon tak renyah sebab bahan-bahan semua dah ada. Tinggal nak campak-campak je dalam kuali. Tu pon hanya ambil masa 3-4 minit untuk campak bahan-bahan dan sedia untuk dihidangkan.

Cara ni lebih kurang sama macam Char Kuey Teow  Mali yang sedap tu. Korang pernah tengok tukang masak dia memasak? Memang diorang pon buat satu demi satu bukan masak banyak sekali gus. 

Walaupon masak satu demi satu, tapi tetap boleh sediakan beratus-ratus pinggan dalam sehari. Apa yang paling penting, air rebusan udang mencukupi dan bahan-bahan telah dicuci dan siap sedia di tepi kuali.

PASTIKAN API BESAR KETIKA MEMASAK.

So, korang cepat-cepat pergi kedai beli bahan-bahan untuk masak Char Kuey Teow . Murah dan simple je kan? Bahan rahsia untuk sedapkan masakan sebenarnya "AIR REBUSAN UDANG" je. Untuk kicap dan sos tiram, terpulang pada korang nak guna brand apa. Kami guna brand kipas udang tapi tetap sedap.

Gambar hiasan : Google


Selamat mencuba Resepi Char Kuey Teow  Paling Sedap Setanding Penang Mari. Kalau dah buat share lah dengan kami. Harap-harap menjadi dan makan sampai tak cukup pinggan. Lepas ni korang dah tak payah pergi Penang kalau nak makan Char Kuey Teow.  Baca doa dulu sebelum makan tau. 




Thursday, 2 August 2018

3 Cara Elak Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baru-baru ini berita penularan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau HFMD semakin heboh dibualkan. Pihak kementerian kesihatan mengeluarkan statistik kanak-kanak yang dijangkiti sehingga membimbangkan masyarakat.



Apakah maksud HFMD?

HFMD ialah Hand, Foot, Mouth Disease iaitu Penyakit Tangan Kaki dan Mulut. Ia berpunca daripada virus yang dikenali sebagai ENTEROVIRUS. Virus ini bukan sahaja mudah berjangkit dalam golongan kanak-kanak malah orang dewasa juga mempunyai risiko untuk dijangkiti!

Bagaimana virus ENTEROVIRUS merebak?

Virus ini merebak melalui AIR LIUR, CECAIR DARIPADA HIDUNG, NAJIS dan LEPUH (BLISTER) daripada kanak-kanak yang telah dijangkiti. Selain itu, sentuhan pada permukaan alat permainan yang ada virus HFMD juga menjadi faktor virus merebak dengan pantas. Faktor persekitaran juga memainkan peranan untuk virus ini mudah menyerang.

Apakah tanda-tanda HFMD?

Sekiranya anak-anak mengalami simptom seperti DEMAM, RUAM ATAU LEPUH DI TANGAN, KAKI DAN MULUT, serta ULSER dalam mulut, segeralah bawa anak ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan lanjut. 

Apakah tindakan yang perlu dibuat jika anak ada HFMD?

Anak yang dijangkiti mesti DIKUARANTIN supaya tidak bergaul dengan kanak-kanak lain. Ibu bapa harus bertangungjawab untuk mengelakkan anak terdedah kepada faktor persekitaran supaya virus tidak merebak. Elakkan membawa anak ke TASKA atau SEKOLAH dan ibu bapa perlu mengambil cuti untuk menjaga sendiri anak yang dijangkiti HFMD di rumah.

Di samping itu, KEBERSIHAN alat permainan dan kawasan di dalam rumah atau taska harus dijaga dengan rapi. Bersihkan permainan anak-anak kerana mainan yang dimasukkan ke dalam mulut menyebabkan virus mudah merebak melalui air liur.



Ibu bapa yang anak belum dijagkiti HFMD juga boleh ikhtiar dengan CAMPURAN BASIC H + AIR dan masukkan ke dalam spray kecil. Bawa ke mana sahaja sebagai hand sanitizer atau spray pada permukaan yang anak pegang seperti troli dan baby chair.

Basic H juga sesuai dijadikan pencuci alat permainan, pencuci lantai, tandas dan perkakas rumah. Ia adalah pencuci serbaguna untuk kegunaan di rumah atau pejabat.



Selain itu, ibu bapa boleh mencuci pakaian dengan Fresh Laundry Concentrate Powder Shaklee  iaitu pencuci pakaian tanpa klorin dan bahan kimia merbahaya.

Mandian anak juga boleh digantikan dengan Gentle Wash ShakleeBaby kerana body wash ini lembut dan sesuai untuk kulit yang ada lepuh. Ia tidak menyakitkan kulit anak kerana tiada bahan kimia bahaya dan diperbuat daripada bahan semulajadi.

Akhir kata, 'PREVENTION IS BETTER THAN CURE'. Sebelum keluarga kita dijangkiti virus HFMD, sebaiknya kita ikhtiar sebelum terlambat.

Dapatkan set pencegahan HFMD di talian 019-673 6675 atau beli di mana-mana cawangan Shaklee menggunakan ID:1240935.


Promosi Vivix Murah 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sempena bulan kemerdekaan ini, Shaklee kembali dengan promosi hebat khas buat peminat Vivix. Promosi sah bermula dari 1 Ogos 2018 sehingga 31 Ogos 2018 sahaja. Memang menarik sangat diskaun harga runtuh yang Shaklee beri pada kali ini.

Promosi Vivix | Diskaun Hebat 2018


Vivix adalah minuman botani yang kaya dengan polifenol dan resveratrol. Ia bagus untuk membantu setiap individu dewasa untuk memberi tenaga kepada sel di dalam badan. Kesihatan badan juga semakin meningkat di samping terhindar daripada penyakit kronik.


Bagi anda yang sangat risau tanda penuaan semakin ketara di badan dan wajah, Vivix membantu menggalakkan penuaan yang sihat. Di usia 40-an, wajah kelihatan lebih awet muda, kulit anjal, kurangkan jeragat, pudarkan parut degil, serta menyokong penghasilan collagen.

>>>BACA MANFAAT VIVIX DAN TESTIMONI PENGGUNA<<<

Apa yang anda dapat jika beli Vivix hanya pada bulan OGOS SAHAJA?

Untuk pengetahuan semua, dengan setiap pembelian 2 BOTOL VIVIX, anda layak untuk terima;

  • KEAHLIAN PERCUMA
  • POS PENGHANTARAN PERCUMA
  • CASH REBATE RM35
Best ke best? Tapi macam sikit sangat lah cash tu kan? Nak LAGI BANYAK CASH boleh ke?

ADA! 

Untuk pelanggan tersayang, Shaklee bagi lagi BANYAK CASH!

Bagi pembelian 6 BOTOL VIVIX pula, anda akan dapat;

  • KEAHLIAN PERCUMA
  • POS PENGHANTARAN PERCUMA
  • CASH REBATE RM250
  • PERCUMA 1 BOTOL VIVIX LAGI
Promosi Vivix | Diskaun Hebat 2018


Jadi, sudah pilih nak 2 botol atau 6 botol? Walaupun ada yang kata mahal, tapi produk ini yang paling laris dan cepat habis stok di HQ. Ramai yang sudah dapat kesan positif selepas amalkan minuman yang berperisa anggur ini.

Hubungi 019-673 6675 untuk info lanjut dan belian secara online.



Tuesday, 3 July 2018

5 Cara Hilangkan Parut Jerawat Mudah dan Berkesan

Cara Hilangkan Parut Jerawat Mudah dan Berkesan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apabila capai usia akil baligh, lelaki atau wanita pasti akan mengalami masalah jerawat di kulit wajah atau badan. 

Ada yang bernasib baik, jerawat tumbuh sekejap sahaja tanpa meninggalkan kesan parut. Tetapi bagi yang kurang bernasib baik, parut jerawat sukar untuk dirawat sehingga menjadi kehitaman atau berlekuk! Keadaan ini akan memberi impak yang besar ke atas keyakinan diri seseorang sehingga malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Kata orang, parut jerawat tidak akan hilang kecuali jika kita menggunakan kaedah estetik seperti rawatan laser, botox atau pembedahan plastik. Namun, cara ini memerlukan kita mengeluarkan belanja yang besar. Malah dari segi hukum Islam, rawatan ini tidak digalakkan.

Apakah cara mudah untuk hilangkan parut jerawat di kulit wajah dan badan? Pendekatan tradisional amat digalakkan kerana cara ini lebih selamat serta telah diguna pakai selama bertahun-tahun oleh nenek moyang kita. Bahan-bahan semujadi juga dijamin sesuai untuk setiap jenis kulit.

5 CARA HILANGKAN PARUT JERAWAT MUDAH DAN BERKESAN.

1.  ALOE VERA
"Daun Lidah Buaya" mempunyai pelbagai khasiat untuk kulit dan rambut. Pelbagai produk di pasaran mengandungi ekstrak aloe vera yang terbukti mampu beri kesihatan kulit dan rambut. Oleh sebab itu, ia juga mampu membantu pudarkan parut jerawat.

5 Cara Hilangkan Parut Jerawat Mudah dan Berkesan


Namun, daripada kita menggunakan produk yang telah dicampur dengan bahan-bahan lain, lebih baik guna aloe vera yang ditanam sendiri.  Cara-cara menggunakan aloe vera adalah seperti berikut;

Ambil daun aloe vera kemudian bersihkan dengan air bersih. Kemudian kupas kulit daun aloe vera untuk ambil isi / gel dalam daun tersebut. Kita boleh sapu terus di bahagian kulit yang berparut atau campur dengan limau nipis.

Biarkan gel kering selama 30 minit hingga 1 jam. Bersihkan kulit muka dengan pencuci seperti rutin biasa. Cara ini boleh diamalkan setiap hari atau minimum seminggu sekali.

2.  TIMUN
Penggunaan timun juga dijamin selamat kerana ia merupakan bahan semulajadi yang kaya dengan vitamin A, C dan Magnesium. Ia bukan sahaja bantu kurangkan "eyebag" malah juga bantu hilangkan parut jerawat dengan mudah. Cara-cara menggunakan timun adalah seperti berikut;

5 Cara Hilangkan Parut Jerawat Mudah dan Berkesan


Hiris timun dengan nipis kemudian lekatkan timun yang dihiris di bahagian kulit yang berparut. Biarkan seketika sehingga timun kering. Amalkan setiap hari atau seminggu sekali.

3.  TOMATO
Tomato bukan sahaja sedap dimakan malah kandungan vitamin yang berkhasiat bantu optimumkan kesihatan tubuh badan kita. Jika kita selalu amalkan tomato dalam diet seharian, bukan sahaja parut jerawat yang hilang malah jerawat pon jarang tumbuh!

5 Cara Hilangkan Parut Jerawat Mudah dan Berkesan


Kita juga boleh jadikan tomato sebagai masker semulajadi untuk hilangkan parut jerawat. Cara buat masker tomato adalah seperti berikut;

Gunakan blender untuk kisar tomato sehingga menjadi pes. Kita juga boleh lenyekkan sahaja untuk keluarkan jus tomato. Sapu di bahagian kulit berparut. Biarkan kering dalam masa 15-30 minit. Akhir sekali bilas muka seperti biasa. Amalkan seminggu 3 kali untuk kesan yang lebih cepat.

4.  MADU
Madu ialah makanan sunnah yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Ia dijadikan penawar untuk segala jenis penyakit. Tidak hairan lah ia juga boleh bantu hilangkan parut jerawat dengan mudah.

5 Cara Hilangkan Parut Jerawat Mudah dan Berkesan


Ambil madu asli sedikit kemudian sapu terus di bahagian parut. Biarkan selama 30 minit dan bilas seperti biasa. Jika diamalkan setiap hari lebih baik kerana ia tidak akan beri kesan sampingan.

5.  SUPPLEMENT SEMULAJADI
Cara hilangkan parut jerawat secara moden adalah dengan mengamalkan supplement tambahan setiap hari! Pastikan kita pilih supplement yang halal, selamat dan diperbuat daripada bahan semulajadi.

Supplement Shaklee boleh bantu hilangkan parut jerawat dengan mudah dan berkesan. Ia bertindak dari dalam untuk buang toksin dan beri kelembapan kepada kulit wajah serta badan. 

ELAKKAN TABIAT MEMICIT JERAWAT!

Tabiat ini akan memudaratkan kulit dengan meninggalkan kesan parut berlekuk! Biarkan sahaja jerawat kecut sendiri atau amalkan rawatan tradisional untuk hilangkan jerawat.

Biar lambat jerawat kecut asalkan tiada parut yang tinggal sehingga sukar untuk pulih. Yang paling penting, jagalah diet seharian supaya seimbang dan teruskan bersenam setiap hari.

Pengedar Shaklee Malaysia

Sunday, 4 March 2018

Ostematrix: Bukan Sekadar Pil Kalsium Biasa

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. 
Korang breakfast apa pagi ni? Pagi-pagi ni kalau pekena  segelas susu sedap juga. Alas perut sebelum makan yang berat.
Segelas susu sehari korang rasa cukup tak untuk tampung bekalan kalsium dalam tulang,gigi dan gusi kita?
Lebih-lebih lagi untuk ibu yang menyusukan bayi. Banyak juga kalsium yang akan  diserap oleh bayi daripada susu ibu.
Sebenarnya, untuk pengetahuan korang, walaupon kita dah minum susu, belum tentu cukup bekalan kalsium tau.
Saya sendiri dah pergi checkup. Setiap hari tak missed minum fresh milk. Tak sangka badan masih kurang kalsium!
Sebab itu penting untuk kita ambil juga PIL KALSIUM. Make sure ambil daripada sumber semulajadi ok?
KALSIUM SAHAJA BELUM CUKUP. Selain itu, kita juga perlukan;
Magnesium - bantu asimilasikam kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya.
Vitamin D - bantu merangsangkan penyerapan kalsium
Boron - penting untuk metabolisme tulang
Mangan, tembaga & Zink - aktifkan enzim penting yang membantu pembinaan kepadatan tulang.
Korang yang ada ambil PIL KALSIUM cuba check pil tu ada ke tak semua sumber vitamin yang saya listkan di atas.
Kalau tak ada, OSTEMATRIX SHAKLEE ada. Sebab itu, kalsium sahaja tak lengkap tanpa vitamin-vitamin tersebut.
Lepas ni korang jadi juga pengguna bijak dengan pilih PIL KALSIUM daripada sumber semulajadi ok?
#tsunami2018
#founderofTMA
#chaseofglory
#TEAEmpire
#TRIAngels
#pilkalsium
#ostematrix