Thursday, 16 March 2017

Tips Bahagikan Masa Bisnes Dan Rumahtangga

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa di sini yang bekerja sebagai WAHM? Apa tu WAHM? Haaa, kalau nak tau, ni singkatan untuk Work At Home Mother. Surirumah pon kerjaya ke? Of course! Surirumah tangga kan pekerjaan yang mulia. Betul ke betul?



Apa-apa pon pekerjaan yang kita buat pasti ada cabaran tersendiri terutamanya bab MASA. Masa itu emas. Tapi, samaada kita bijak uruskan masa atau tidak, ini yang akan menjadi kayu ukur kejayaan kita. Dalam 1 hari Allah beri 24 jam untuk kita buat aktiviti harian. Ini termasuk solat 5 waktu, makan, minum, tidur, kerja,riadah, uruskan rumahtangga dan lain-lain.

Ada kawan-kawan dan family yang tanya saya macam mana cara saya uruskan masa antara bisnes dan hal rumahtangga. Sebenarnya bagi saya urusan masa ni subjektif. Kita tak boleh nk follow jadual yang orang lain tetapkan. Lebih baik rancang sendiri masa ikot keselesaan diri. Ini boleh bantu produktiviti kita dalam menyiapkan tugasan harian. 

5 tips mudah yang saya amalkan ialah;

  • Rancang Aktiviti di Planner/ Kalendar = Setiap orang wajib ada kalender dan planner. Setiap hari sebelum tidur luangkan masa dalam 20minit untuk tulis aktiviti esok. Pastikan masa dan aktiviti yang dirancang sesuai dengan keselesaan kita tak perlu ikot orang lain. Mungkin kita selesa memasak pada pkul 10 pagi. Ada orang masak pukul 12 tengah hari. 
  • Cuba Mahir Multi-tasking =  Part ni rasanya semua orang lebih pakar dari saya. Lebih-lebih lagi ibu yang ada berderet anak-anak kecil dan masih bersekolah rendah. 
  • Uruskan anak sebelum buat kerja lain = Pastikan anak-anak dah mandi, makan, menyusu dan spend masa main dengan anak. Bila anak tidur baru sambung buat kerja rumah dan bisnes. Kalau anak berjaga, memang ibu boleh jadi monster sebab stress. Makanlah b-complex untuk elak stress. Huhuhu. 
  • Elak buang masa = Yang ni sangat penting. Kat sini kita boleh tengok sama ada kita ni jujur dengan diri sendiri atau tak. Kurangkan tidur atau tengok drama. Memang banyak free time tapi percayalah masa yang kita dah bazirkan akan lebih bermakna kalau kita fokus pada bisnes.
  • Siapkan tugasan on time = Disiplin diri yang tinggi perlu ada pada setiap work at home mother. Jangan mudah beralasan tak boleh siap kerja sebab anak meragam. Please jangan jadikan anak sebagai punca anda tidak dapat sales ribu-ribu macam orang lain. Patuhi jadual yang kita rancang dalam planner dan kalendar. Sikap bertangguh-tangguh akan merugikan kita.
Nampak macam mudah je kan tips saya praktikkan ni? Tapi percayalah, disiplin dan semangat kena kuat. Bukan senang nak melawan hasutan syaitonirrojim. Diorg kan memang nak buat kita manusia ni lalai.

Akhir kata, kalau nak join bisnes dengan saya boleh hubungi 0196736675 

atau








1 comment: